HIBAH TAKAFUL ni adalah pampasan yang dihadiahkan kepada penama sekiranya tuan/puan meninggal dunia. Penama ni boleh jadi sesiapa sahaja. Tetapi seeloknya tuan letakkan nama isteri sebagai penerima hibah.
Jika tuan/puan belum berkahwin, boleh letak nama ibu, ayah, adik-beradik atau pun saudara mara yang terdekat.
Maaf, HIBAH TAKAFUL ni adalah PAMPASAN yang diberikan sekiranya tuan/puan meninggal dunia. Kalau tuan/puan nak masuk hospital swasta, kena ada MEDICAL CARD. Medical card ni yang membolehkan tuan/puan masuk ke hospital swasta.
Jika tuan/puan ingin memohon medical card, saya boleh bantu untuk tuan/puan dapatkan medical card yang sesuai dengan kemampuan tuan/puan. Boleh KLIK SINI untuk memohon.
Boleh tuan, tapi kadar RM28 adalah untuk wanita berumur antara 19 hingga 25 tahun. Sebab tu saya nyatakan serendah RM28. Untuk umur tuan, nilai caruman adalah RM54 bagi perlindungan sebanyak RM100,000. Tapi kalau hari lahir tuan dah lepas, caruman tuan adalah sebanyak RM67.
HIBAH TAKAFUL RM28 ni adalah untuk wanita berumur antara 19 hingga 25 tahun. Dia ikut umur kita dan berapa nilai perlindungan yang kita nak. Kalau umur lebih tua, lebih kena bayar tu.
PAMPASAN adalah sejumlah wang yang diberikan kepada pemegang polisi sekiranya berlaku kemalangan atau kecacatan kekal (TPD). Ia bergantung kepada nilai semasa mengambil polisi. Biasanya nilai pampasan ini akan diberitahu oleh Takaful Advisor terlebih dahulu melalui quotation yang dibuat.
HIBAH pula adalah pemberian pampasan (hadiah) kepada waris sekiranya pemegang polisi meninggal dunia. Penama HIBAH ini boleh diletakkan nama isteri, suami, ibu, ayah mahu pun adik-beradik. Ada juga yang mennghibahkan wang ini kepada badan-badan kebajikan dan juga Maahad Tahfiz. Terpulang.
Namun jika sekiranya masih berkeluarga dan keluarga mempunyai banyak tanggungan, adalah lebih afdal sekiranya nama penerima hibah adalah daripada kalangan ahli keluarga yang terdekat terutamanya isteri.