Selamat Datang ke Laman Web Sis Takaful Soraya!
Hi korang buat apa je weekend ni? Sis spend weekend hari ni kat pantai bawak anak-anak jalan-jalan dengan ex-classmates zaman sekolah dulu. Masing-masing bawak family. Kira macam mini reunionlah. Apa yang penting, Sis suka bila tengok anak-anak Sis happy mandi pantai, naik bot dan macam-macam lagi.
Ok, Sis nak kongsi dengan korang ni. Berkenaan dengan Takaful Murah. Actually, tak ada istilah Takaful mana yang lebih murah atau mahal. Semua harga pun lebih kurang dengan coverage yang lebih kurang sama.
Cuma Sis nak tekankan, jangan bertangguh untuk dapatkan Takaful. Ambillah Takaful sesegera mungkin. Kalau usia korang masih muda dan ada kesedaran, jangan tangguh-tangguh lagi. Orang muda banyak advantage sebab caruman orang muda lebih murah berbanding orang yang lebih berusia. Makin tua, makin mahal. So, takkan nak tunggu tua baru nak ambil kan?
Dan paling penting, ambillah Takaful ketika korang masih sihat (especially Medical Card). Ramai orang di luar sana yang menyesal tak ambil Medical Card awal-awal masa masih sihat. Bila dah sakit dan kena operate berpuluh ribu, masa tu dah tak layak lagi untuk mohon Medical Card. Memang tak akan diterima.
Kalau korang bajet cukup-cukup, jangan pening-pening. Tak ambil Medical Card pun tak apa. Ambil Hibah Takaful dulu pun dah OK. Sekurang-kurangnya kalau kemalangan atau kena sakit kritikal ada pampasan yang korang akan dapat. So duit tu boleh guna untuk teruskan kehidupan.
Kita hidup tak lama dan tak tahu apa yang akan jadi esok lusa. Alangkah baik kalau kita buat persediaan supaya kita tak menyesal di kemudian hari.
Sis saja sharing dengan korang je ni. Kalau rasa macam terbukak hati dan minda tu, cepat-cepatlah pergi jumpa agen yang korang kenal. Kalau nak ambil dengan Sis pun boleh!
Klik je button kat bawah ni untuk WhatsApp Sis direct. Bagitau la korang nak Medical Card ke atau nak Hibah Takaful. Sis akan buatkan quotation yang best kat korang.
Haah, ya. Betul la tu. Kalau kita ambil Takaful, secara tak langsung kita juga turut bersedekah kepada orang lain. Sebabnya, caruman bulanan yang dibayar oleh pemilik polisi akan dimasukkan dalam tabung takaful dan dijadikan sebagai dana takaful.
Caruman yang kolektif ni dikumpul dan akan diagihkan kepada pemilik polisi yang memerlukan (ditimpa kemalangan atau sakit).
Perkataan Tabarru' itu sendiri bermaksud derma. Secara mudahnya, hasil caruman anda semua, didermakan ke dalam tabung Tabarru' ini. Bukankah mulia apabila kita memilih untuk mengambil Takaful? Caruman kita dikira sebagai sedekah.
Apabila kita mengambil polisi Takaful, kita bukan sahaja bersedekah malah secara tidak langsung kita turut memberikan pertolongan kepada orang lain yang memerlukan dengan hasil caruman kita.
Oleh itu, setiap kali kita membayar caruman bulanan kita tu, niatkanlah caruman kita sebagai sedekah untuk membantu orang lain. Tiada istilah 'ambil takaful ni bukannya dapat apa-apa pun'. Sekurang-kurangnya pahala akhirat kita berganda setiap masa.
Konsepnya sangat jelas iaitu kita bersedekah dan dalam masa yang sama memberikan pertolongan kepada yang memerlukan tanpa sedar. Siapa yang tak suka bila dapat derma dan tolong orang kan? Dah dapat dua pahala kebaikan di situ. Pahala menderma dan pahala menolong orang.
Jadi, janganlah ragu untuk mengambil polisi Takaful. Perkara asasnya ialah kita membantu menyelamatkan diri dan keluarga kita dari kesusahan. Dalam masa yang sama, kita juga memberikan nilai tambah dan membantu orang lain juga.
P/S: Sis Takaful Soraya ada banyak polisi Takaful sebab Sis suka tolong orang! Korang kalau nak tolong orang jugak boleh direct whatsapp Sis kat bawah ye!
Baru-baru ni ada seorang wanita bernama Norshahila Razak post di twitter tentang penyesalan beliau sebab tak ambil insurans (takaful) awal-awal. Kesnya sebab dia asyik bertangguh. Maksudnya dia memang ada niat nak ambil tetapi mungkin sebab tak berkesempatan untuk sign up awal-awal.
Akhirnya dia disahkan menghidap fibroid. Fibroid ni memang antara penyakit yang biasa dialami golongan wanita. Biasanya pembedahan secara miomektomi dilakukan untuk membuang fibroid ni.
Syukur sebab Norshahila telah pun sembuh dan kos rawatan dan pembedahan ditanggung oleh company beliau bekerja. Bayangkan kalau company pun tak tanggung? Di saat itu Takaful pun tak ada. Pening juga ya.
Untuk kes Norshahila ni, pihak Takaful tak akan cover lagi untuk sakit yang dah ada rekod. Maksudnya, lepas ni kalau berlaku lagi fibroid, sakit tu tidak akan ditanggung sama sekali. Terus dikecualikan. Nampak tak kesan apabila kita dah pernah sakit then baru nak ambil takaful?
Sebab tu takaful ni kita ambil masa kita tengah sihat. Kalau anda dah tahu kepentingan takaful, usah bertangguh untuk sign-up. Kita tak tahu esok lusa nak jadi apa. Sis hanya nak mengingatkan para wanita di luar sana yang mungkin dah ada kesedaran dan masih bertangguh, cepat-cepatlah contact agent masing-masing. Jangan tangguh-tangguh lagi tau!
Kalau nak contact Sis pun boleh. Whatsapp Sis direct dengan cara klik button kat bawah ni. Sis akan bagi quotation yang best untuk korang.
Mungkin ratio dia 1 dalam 1000. Tu pun kalau ada. Kebiasaannya? Kebiasaannya ramai yang akan bersimpati. Ramai yang akan mendoakan kesembuhan kita. Itu tak salah. Tapi persoalannya, sakit perlukan rawatan. Rawatan memerlukan kos.
Ada member yang akan hulur sekadar termampu. RM100, RM200, paling banyak mungkin RM1,000. Tapi untuk seorang rakan menanggung segala kos rawatan kita, itu mungkin next to impossible kecuali kalau dia memang betul-betul pemurah macam bro Syawal di atas tu.
Oh, jangan terpedaya. Chat di atas hanyalah rekaan semata-mata! Kalau ada ramai member macam ni, susah la Sis dan rakan-rakan Sis dalam industri takaful ni. Mesti ramai yang tak mahu ambil Medical Card lagi atas alasan 'saya ada member yang pemurah'.
Jadi tepuk dada tanyalah diri anda. Sekarang kita memang bersyukur diberikan kesihatan yang baik. Namun bayangkan sekiranya di suatu masa kita diuji dengan masalah kesihatan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Siapa yang boleh bantu kita kalau bukan kita sendiri yang bantu diri kita kan?
Jadi, ambillah peluang sementara masih sihat untuk buat persediaan. Kita mungkin tidak diuji sekarang. Tetapi di masa depan, kita akan berterima kasih dengan diri kita sendiri kerana membuat persediaan dari sekarang.
Jom ambil medical card dengan Sis! Sekarang masih ada masa untuk anda dapatkan pelan Medical Card yang terbaik. Ada diskaun lagi kalau ambil untuk 1 family.
Lepas 30 September 2020, pelan ini akan ditutup secara rasmi. So jangan tunggu lagi! KLIK button kat bawah untuk whatsapp Sis direct!
Sis tersentuh dengan satu kisah menyayat hati seorang guru iaitu Rosli Abdul Aziz dari Kelantan yang maut di sekolah ketika membuat persiapan terakhir untuk pembukaan sesi persekolahan.
Apa yang mengharukan ialah Cikgu Rosli telah mencarum sebanyak RM4.50 sebulan untuk Diamond Accident Protector di bawah kendalian Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan Malaysia (NUTP).
Diamond Accident Protector ni adalah insurans perlindungan kemalangan yang ditawarkan untuk guru-guru di bawah NUTP.
Dengan caruman hanya RM4.50 sebulan, Cikgu Rosli telah meninggalkan RM113,000 kepada ahli keluarga beliau. Setidak-tidaknya ahli keluarga Cikgu Rosli boleh menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan.
Cuba kita fikirkan sejenak, apa yang boleh dibeli dengan RM4.50 zaman sekarang?
Sepinggan nasi berlauk mungkin kosnya RM5.00.
KFC? RM13.00 untuk Snack Plate.
McChicken? Mungkin RM5.95 ala carte.
Rokok? RM17.50 sekotak (mampu beli pulak ye?)
ASTRO? RM58 sebulan (kalau meninggal ASTRO bagi duit tak?)
Sungguh kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba. Tetapi dengan ikhtiar perlindungan yang diambil mampu untuk memberikan sedikit sinar dan harapan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.
Terdapat satu riwayat daripada Hadis Sahih Bukhari iaitu:
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta." [Hadith Riwayat Bukhari]
Didoakan semoga ruh Cikgu Rosli dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
So kalau ada ketua keluarga yang belum buat Hibah Takaful tu, PM Sis sekarang. Boleh klik direct button kat bawah ni.