Saya perlu menjelaskan kepada client dan bakal client saya di sini tentang satu perkara yang DIPANDANG REMEH oleh kebanyakan yang mengambil polisi. Ia adalah WAITING PERIOD. Bagi mengelakkan sebarang pertikaian dan salah faham di masa hadapan, saya mohon anda untuk memahami dengan jelas tentang WAITING PERIOD ini.
Saya mohon tuan/puan untuk mengambil sedikit masa untuk membaca dan memahami satu-persatu keterangan yang diberikan di bawah. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk menerangkan hal ini dengan olahan yang paling simple dan mudah untuk anda fahami. Jika masih terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
WAITING PERIOD adalah tempoh menunggu yang telah ditetapkan oleh semua syarikat takaful termasuk Great Eastern Takaful.
Tempoh menunggu ini dihadkan selama 120 hari. Sepanjang tempoh 120 hari ini, syarikat takaful berhak untuk mengecualikan beberapa perkara dalam perlindungan lebih-lebih lagi berkaitan dengan claim untuk penyakit kritikal.
KENAPA MESTI ADA WAITING PERIOD NI?
WAITING PERIOD ini diwujudkan bagi memberikan sela masa kepada syarikat takaful untuk memastikan bahawa client (pemegang polisi) betul-betul sihat tubuh badan sewaktu mengambil polisi. Hal ini bagi mengelakkan penipuan dari sudut faktor kesihatan.
PENIPUAN YANG MACAM MANA?
Penipuan tahap kesihatan. Mana-mana syarikat takaful hanya akan mengambil individu yang masih sihat untuk menjadi client. Jika anda sudah mempunyai penyakit, anda tidak lagi layak untuk mengambil takaful terutamanya Medical Card.
SYARAT UTAMA untuk mempunyai polisi takaful especially Medical Card adalah SIHAT TUBUH BADAN dan bebas daripada sebarang penyakit terutamanya SAKIT KRITIKAL.
Adalah dikhuatiri sekiranya waiting period ini tidak dibuat, individu yang sudah mempunyai penyakit akan menipu tentang keadaan kesihatan mereka dan membuat claim sesuka hati.
KENAPA 120 HARI?
Dari sudut perubatan, tempoh 120 hari adalah tempoh yang cukup untuk memberikan sebarang pentanda jika seseorang itu sudah menghidap sakit kritikal sejak sekian lama atau sebaliknya.
Selepas 24 JAM polisi anda diaktifkan, anda layak untuk mendapat semua perlindungan kecederaan yang dikaitkan dengan KEMALANGAN.
Jika anda menunggang motosikal lalu anda terjatuh dan patah tangan, segala kos perubatan untuk kecederaan dan pembedahan patah tangan anda akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak takaful.
Begitu juga kemalangan kecil yang berlaku seperti pengsan akibat tergelincir di bilik air, dipatuk ular tedung, disengat tebuan tanah atau pun kes melecur akibat kuah laksa panas yang tumpah di atas tangan anda--semuanya akan ditanggung sepenuhnya kerana ia termasuk dalam kategori KEMALANGAN.
Namun, kes kemalangan yang dilindungi hanya akan ditanggung semua kos rawatan dan perubatan sekiranya anda dimasukkan ke wad hospital.
Sekiranya anda tidak dimasukkan ke wad dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar, anda perlu membayar dahulu kos rawatan tersebut dan boleh membuat claim semula kepada pihak takaful dengan mengemukan segala resit dan dokumen berkaitan. Proses ini dipanggil Pay & Claim.
Selepas 30 hari polisi anda diaktifkan, pihak takaful akan melindungi kos rawatan dan perubatan sekiranya anda ditimpa 'common disease' atau sakit biasa seperti demam panas, cirit-birit akibat rotavirus, demam denggi, muntah-muntah akibat keracunan makanan mahu pun apendiks.
Terdapat lebih banyak lagi sakit yang dikategorikan sebagai sakit biasa dan anda boleh mendapat rawatan dan menggunakan Medical Card anda selepas tempoh 30 hari dari tarikh polisi anda diaktifkan.
Segala kos rawatan dan perubatan yang terlibat akan ditanggung sepenuhnya jika anda dimasukkan ke wad.
Namun begitu, kaum ibu yang mengalami muntah-muntah dan loya akibat alahan mengandung adalah tidak termasuk dalam kategori ini.
Anda TIDAK AKAN dapat claim jika anda disahkan menghidap salah satu daripada Sakit Kritikal atau Sakit Spesifik (Specified Illness)* sebelum tempoh 120 hari ini berakhir.
Ini bererti, sekiranya anda telah pun menghidap sakit kritikal atau sakit spesifik, anda seharusnya jujur dan perlu berterus terang tentang keadaaan kesihatan anda kepada Penasihat Takaful.
Kebiasaannya pihak takaful akan meminta anda membuat pemeriksaan kesihatan (Medical Check-up) untuk memastikan anda benar-benar dalam keadaan sihat sebelum anda mengambil sebarang polisi.
*Sila rujuk slide 'SELEPAS TEMPOH 120 HARI BERAKHIR' untuk keterangan Sakit Spesifik (Specified Illness).
Berikut adalah flow perlindungan dalam tempoh 120 hari daripada hari pertama polisi anda diaktifkan.
DALAM TEMPOH 24 JAM POLISI LULUS
Dalam tempoh 24 jam polisi lulus, segala kos rawatan berkaitan KEMALANGAN akan dilindungi sepenuhnya oleh pihak takaful. Bentuk-bentuk kes berkaitan kemalangan telah saya nyatakan secara ringkas di atas.
HARI KE-31 DAN SETERUSNYA
Anda layak untuk mendapat perlindungan bagi sakit biasa yang anda alami selepas tempoh ini. Seperti mana yang telah saya terangkan di atas, sakit biasa yang dirawat akan ditanggung sepenuhnya jika anda dimasukkan ke wad.
Jika anda tidak dimasukkan ke wad, anda boleh membuat Pay & Claim dengan mengemukakan segala resit dan dokumen berkaitan.
KURANG 120 HARI
Sekiranya anda ditimpa sakit kritikal atau sakit spesifik* dalam tempoh kurang dari 120 hari, anda sama sekali tidak akan memperoleh sebarang perlindungan dan claim.
*Sila rujuk slide 'SELEPAS TEMPOH 120 HARI BERAKHIR' untuk keterangan Sakit Spesifik (Specified Illness).
Anda jangan rasa happy bila waiting period 120 hari anda dah berakhir. Itu tidak menjamin kos rawatan anda akan ditanggung terutamanya untuk Specified Illness yang memerlukan ujian dan laporan yang detail untuk dikemukakan.
Jika polisi anda BERUSIA KURANG 2 TAHUN, anda masih lagi tidak dijamin kos rawatan dan perubatan automatik.
APA ITU SPECIFIED ILLNESS?
Specified Illness merujuk kepada sakit-sakit tertentu yang memerlukan laporan dan ujian-ujian yang lebih detail dan mengambil masa tertentu untuk disahkan.
Kesemua 45 sakit kritikal adalah termasuk dalam kategori Specified Illness ini.
Pihak hospital akan memaklumkan kepada pihak takaful sama ada penyakit yang anda hadapi adalah dalam kategori Specified Illness atau sebaliknya.
APA YANG BERLAKU SEKIRANYA KOS RAWATAN TIDAK DITANGGUNG?
Kos rawatan tidak ditanggung apabila pihak takaful tidak mengeluarkan Guarantee Letter (GL) untuk menanggung segala kos rawatan anda. Keadaan ini digelar sebagai 'GL Declined'.
KENAPA BERLAKU GL DECLINED WALAUPUN TEMPOH 120 HARI TELAH TAMAT?
Seperti saya nyatakan, sekiranya polisi anda masih baru dan berusia kurang 2 tahun, kemungkinan GL Declined adalah tinggi untuk kes-kes melibatkan Specified Illness.
Untuk kes kemalangan dan sakit biasa, tidak ada masalah.
APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN JIKA GL DECLINED?
Jika GL Declined, anda perlu membayar segala kos rawatan dan perubatan sendiri. Namun anda tidak perlu bersedih kerana anda boleh membuat claim penuh kepada pihak takaful kemudian (Pay & Claim).
Sila baca slaid seterusnya untuk proses Pay & Claim yang smooth dan pantas. Ia akan melancarkan proses Pay & Claim dan memudahkan urusan Penasihat Takaful anda dalam memberikan khidmat yang terbaik.
Proses Pay & Claim ini adalah mudah dan anda hanya perlu memberikan kerjasama penuh kepada saya selaku Penasihat takaful anda.
Pertama sekali, anda harus mengemukan segala resit dan dokumen LENGKAP yang berkaitan kepada saya untuk saya proceed proses Pay & Claim anda.
Setiap bayaran yang dibuat akan disertakan resit dan dokumen perubatan lengkap. Resit dan dokumen lengkap yang asal (original) hendaklah disertakan kepada saya untuk proses Pay & Claim ini.
Pihak takaful hanya menerima dokumen yang LENGKAP dan ORIGINAL sahaja.
Sekiranya segala dokumen telah dikemukakan, mudah untuk saya submit kepada pihak takaful untuk proses Pay & Claim anda.
Proses ini kebiasaannya akan memakan masa sehingga 3 bulan. Sekiranya anda memberikan kerjasama dengan mengemukakan dokumen lengkap secepat mungkin, lebih cepat pihak takaful akan mengkreditkan semula duit anda.
Sekian penerangan panjang saya tentang WAITING PERIOD dan mengapa ia begitu penting untuk anda fahami. Sebagai seorang Penasihat Takaful, saya sangat komited dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua client dan bakal client saya.
Sekiranya anda memahami perkara yang mustahak ini, amat mudah untuk anda dan juga saya dalam menangani apa sahaja isu yang berlaku di kemudian hari tanpa mewujudkan salah faham dan pertikaian.
Segala perkara yang berkaitan telah saya nyatakan dengan jelas dan terperinci di halaman ini. Saya amat memandang serius tentang perkara ini dan sentiasa mengambil inisiatif untuk mengingatkan semua client dan bakal client saya secara verbal tentang perkara ini bermula dari hari pertama polisi aktif.
Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca topik yang penting ini. Jika ada bahagian yang anda kurang faham, boleh WhatsApp saya dengan cara KLIK button di bawah. Saya sedia melayani sebarang soalan daripada anda.