i-Great MEGA adalah Pelan HIBAH TAKAFUL yang direka khusus untuk anda yang inginkan NILAI TAMBAH berbanding pelan HIBAH TAKAFUL biasa.
Apa yang membezakan i-Great MEGA dan i-Great HARAPAN PLUS?
i-Great HARAPAN PLUS hanya menumpukan kepada nilai perlindungan semata-mata. Tetapi i-Great MEGA mempunyai lebih banyak kelebihan. Jom tengok kat bawah!
i-Great MEGA menampilkan 3 kelebihan yang utama.
Pertama sekali, nilai perlindungan yang tinggi iaitu minimum RM250,000.
Kedua, anda boleh MEMILIH TEMPOH PERLINDUNGAN yang anda inginkan.
Ketiga, anda boleh MEMILIH TEMPOH PEMBAYARAN yang anda mahu.
Selain daripada 3 KELEBIHAN tadi, anda juga diberikan TAMBAHAN 4 KELEBIHAN yang tidak ada pada HIBAH TAKAFUL yang biasa iaitu:
1) Pampasan Cacat Kekal
Sekiranya anda ditimpa penyakit atau kemalangan yang mengakibatkan anda mengalami kecacatan yang kekal seumur hidup, anda akan diberikan pampasan.
2) Pampasan untuk Penyakit Kritikal
Sekiranya anda didiagnos menghidap 1 daripada 36 penyakit kritikal, anda akan diberikan pampasan.
3) Manfaat Waiver
Waiver bererti polisi anda akan menjadi percuma sekiranya anda ditimpa salah satu daripada perkara 1 atau 2 di atas.
Sekiranya anda mengalami cacat kekal atau sakit kritikal, anda akan mendapat waiver ini. Ia juga bermaksud anda tidak perlu lagi mencarum untuk polisi ini.
4) Simpanan/Cash Value
Ini juga merupakan manfaat tambahan yang tidak ada pada HIBAH TAKAFUL biasa. Pelan HIBAH TAKAFUL i-Great MEGA mempunyai simpanan terkumpul sehinggalah tempoh perlindungan anda tamat.
Jika anda kekal sihat sehingga tamat tempoh perlindungan, anda layak untuk mengeluarkan kesemua nilai simpanan yang ada.
Ini kelebihan lain i-Great MEGA yang tidak ada pada HIBAH TAKAFUL biasa. Anda tidak perlu membayar polisi anda seumur hidup.
Anda pilih tempoh yang anda rasa berbaloi dan berpadanan dengan bajet anda. i-Great MEGA menawarkan pembayaran fleksibel 10 tahun atau 20 tahun.
i-Great MEGA juga menawarkan tempoh perlindungan yang fleksibel. Kami sememangnya menitikberatkan apa yang mudah bagi anda.
Kalau anda berumur 45 sekarang, adakah anda rasa anda memerlukan perlindungan sehingga 30 tahun akan datang?
Atau jika anda berumur 27 tahun, mungkin anda memerlukan perlindungan sehingga 30 tahun lagi.
Ia seolah-olah anda 'customise' sendiri polisi anda. Mudah kan?
Ya, i-Great MEGA turut menawarkan Badal Haji untuk pemegang polisi yang meninggal dunia. Anda boleh menghubungi saya untuk saya terangkan lebih lanjut tentang manfaat Badal Haji ini.
Jom dapatkan polisi ini sekarang! KLIK Button kat bawah untuk whatsapp saya. Saya akan sediakan QUOTATION kepada anda SEGERA.
Hantar butiran seperti di atas kepada saya. Saya akan sediakan quotation untuk anda dengan SEGERA!
Ya, tak sama. Pelan HIBAH TAKAFUL ini adalah pelan lengkap yang memberikan perlindungan menyeluruh kepada pemegang polisi seperti manfaat kematian, cacat kekal dan juga penyakit kritikal.
Pelan HIBAH TAKAFUL Harapan Plus hanya memfokuskan kepada perlindungan akibat kemalangan sahaja.
Pelan HIBAH TAKAFUL ni mahal sebab ia mencakupi perlindungan menyeluruh. Ia juga ada manfaat tambahan lain seperti cash value yang bertindak sebagai simpanan yang boleh dikeluarkan bila perlu (tetapi tertakluk kepada terma dan syarat).
Kalau anda dah ada sakit, anda tidak layak untuk mengambil polisi ini. Jangan bimbang, anda masih boleh mengambil HIBAH TAKAFUL Harapan Plus.